Pages

Tuesday, July 27, 2010

Pembundaran

Suatu nombor boleh dibundarkan kepada sesuatu nilai tempat yang tertentu dengan mengikut syarat pembundaran.

Syarat pembundaran:

Perhatikan baik-baik digit disebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan

a) Jika digit itu 5 atau lebih (bermakna 5,6,7,8,9)
- Tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

b) Jika digit itu kurang daripada 5 (bermakna 4,3,2,1,0)
- Kekalkan digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

Contoh:

Bundarkan 85605 kepada:

Kesilapan umum yang sering dilakukan pelajar:
a) Lupa menulis semula nombor dengan betul selepas pembundaran
b) Membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

thanks

Unknown said...

Antara nombor berikut yg manakah apabila dibundarkan betul kepada dua anklgka bererti dan tiga angka bererti memberikan jawapan yang sama

Post a Comment