Pages

Tuesday, July 27, 2010

Pembundaran

Suatu nombor boleh dibundarkan kepada sesuatu nilai tempat yang tertentu dengan mengikut syarat pembundaran.

Syarat pembundaran:

Perhatikan baik-baik digit disebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan

a) Jika digit itu 5 atau lebih (bermakna 5,6,7,8,9)
- Tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

b) Jika digit itu kurang daripada 5 (bermakna 4,3,2,1,0)
- Kekalkan digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

Contoh:

Bundarkan 85605 kepada:

Kesilapan umum yang sering dilakukan pelajar:
a) Lupa menulis semula nombor dengan betul selepas pembundaran
b) Membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah

Saturday, July 24, 2010

Perbandingan

Perbandingan nilai antara dua nombor bulat boleh dilakukan dengan menggunakan simbol “<” dan “>”

(a) “<” bermakna “lebih kecil daripada”
(b) “>” bermakna “lebih besar daripada”

Kebiasaannya para pelajar akan terkeliru dengan penggunaan simbol itu sama ada ia bermaksud lebih besar atau lebih kecil. Cara biasa yang abang khairul gunakan untuk mengelakkan kekeliruan ialah dengan meletakkan satu garis lurus (garis merah) di hadapan symbol-simbol itu seperti:-
Simbol “<” akan kelihatan seperti huruf “K” yang bermaksud “KECIL” Simbol “>” akan kelihatan seperti huruf “b” yang bermaksud “BESAR”
Mungkin dengan tips ini akan mengurangkan kekeliruan itu


a) 34567 > 8734
b) 45678 < 45680
c)

Thursday, July 22, 2010

NOMBOR BULAT

Hari ini abang Khairul ingin menerangkan mengenai nombor bulat atau integer. Nombor bulat bukanlah nombor yang di tulis dalam bulatan….


TETAPI Nombor bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilang seperti 0, 1, 2, 3, 4, 5,….. dan seterusnya sehingga infiniti (tidak terhingga).

Setiap digit dalam sesuatu angka mempunyai nilai tempat dan nilai digitnya tersendiri. Misalnya nombor 123456789 123456789 dinyatakan dalam perkataan ialah Seratus dua puluh tiga juta empat ratus lima puluh enam ribu tujuh ratus lapan puluh sembilan.

Sunday, July 18, 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat berhujung minggu. Ini merupakan entri pertama abang khairul untuk laman ini. Matematik Itu Mudah merupakan sebuah laman yang fokus kepada ilmu pengetahuan terutamanya pada subjek matematik. Segala apa yang berkaitan dengan matematik atau zaman persekolahan akan dimuatkan di dalam laman ini.

Walaupun laman ini masih lagi baru, namun, diharapkan ianya akan menjadi sebuah laman yang akan menjadi rujukan oleh para pengunjung terutamanya pelajar.

Jika ditanya, apakah sebab atau alasan kukuh mengapa abang khairul membina laman ini, abang khairul pun tidak mempunyai jawapan kepada persoalan itu. Tetapi yang pasti, abang khairul ingin berkongsi dengan anda dan juga menyediakan satu platform buat anda bagi berkongsi dengan para pengunjung yang lain tentang tips-tips dan segala apa yang berkaitan dengan ilmu terutamanya matematik. Tapi, bagaimanakah caranya?

Senang saja. Sekiranya anda mempunyai artikel atau entri-entri yang menarik dan berkaitan dengan ilmu pengetahuan, anda bolehlah menghantarkan artikel tersebut ke email easymath2010@yahoo.com . Sekiranya ianya sesuai, abang khairul akan menyiarkan artikel tersebut di laman ini.

Jadi, diharapkan laman ini akan mendapat sambutan dan galakan dari anda semua. Sama-samalah kita membina generasi berilmu melalui teknologi dan dapat menghapuskan anggapan bahawa matematik itu susah. Amin…

Sekian,
Abang Khairul